Tuesday, September 16, 2008

Gallus gallus

HUH???!!
Okay, it was just a random tittle.
i was desperate
So what?
Anyway, this is an excerpt from a fake interview between two classmates. (I won't name the characters involved)
Mengapakah saudari ingin menyertai Program Latihan Khidmat Negara?
Err.. Sebenarnya, saya daripada sekolah perempuan. Jadi, saya jarang-jarang berjumpa dengan lelaki. Namun, dengan PLKN ini, dapatlah saya berjumpa dengan semua jenis lelaki. Tinggi, pendek, gemuk, kurus, berambut kerinting ataupun lurus.. Itulah sebab saya terima sahaja tawaran untuk pergi PLKN ini.
Jadi, apakah latihan ang paling saudari suka?
Saya ni, seorang yang lasak. Sebab itulah saya amat menyukai latihan "ballroom dancing". Hal ini disebabkan kita sebagai perempuan dapat memilih sesiapa sahaja untuk dijadikan "partner". Dari situ, mungkin juga timbul bibit-bibit percintaan.
Adakah PLKN ini menjalankan sebarang hukuman ataupun denda?
Ya. Itu memang salah satu rutin untuk jurulatih kita.
Pernahkah saudari ini didenda? Jika ya, adakah saudari berasa marah ataupun benci kepada jurulatih tersebut?
Oh, saya ni tidak pernah kena denda. Maklumlah, saya ni kan "perfect". Kalau saya tidak "perfect" saya tidak akan mendapat anugerah "Peserta PLKN Terbaik" ini. Jika saya kena denda pun, tak mungkin saya akan marah. Jurulatih tersebut terlalu kacak. Saya tak kisah jika dikenakan denda.
Oh, begitu. Semasa program tersebut tamat, apakah yang dapat saudari kecapi selama 3 bulan yang begitu singkat itu?
Selepas tamat sahaja program tersebut, saya terus dilamar jadi saya terima sahajalah. Sekarang, saya telah melahirkan anak yang pertama.
Ini soalan terakhir untuk saudari. Adakah saudari akan menggalakkan para penonton di rumah untuk menyertai PKLN ini?
Semestinya ya. Terutamanya kaum perempuan. Adik-adik perempuan yang sedang di hadapan kaca tv, daftarlah untuk PLKN. Mana tahu, dapat berjumpa dengan jejaka idaman hatimu lalu terus dikahwinkan dan melahirkan keluarga bahagia.
Terima kasih saudari kerana sudi diwawancara.
Sama-sama.
Some Sc2 students are just too free..
Signing out,
gained-brains

No comments:

Post a Comment